- Iklan -

Thunder Match Technologies, Intel Dan Microsoft Berkolaborasi Membawakan STOM

Sameer Tupaki (Head of Marketing Intel, Malaysia & Singapore), John Chin (Business Development Director of Thunder Match Technology Sdn Bhd), Adrian Yu (Managing Director of Thunder Match Technology Sdn Bhd) dan Bruce Howe (General Manager of Consumer Channel Group, Microsoft Malaysia) memperkenalkan barisan peranti jenama STOM

Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (TMT), iaitu antara rangkaian kedai teknologi terbesar di Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Intel dan Microsoft dalam menghasilkan produk teknologi yang dikenali dengan jenama STOM. Terdapat dua produk telah diperkenalkan bagi fasa siri pertama jenama STOM, ianya terdiri dari i100 dan STOM PC Stick.

i100 menawarkan prestasi mengagumkan dalam reka bentuk unibody aluminium yang teguh dan menarik. Ia juga menampilkan pemproses 1.33GHz Intel Atom, 2 GB RAM dan 64 GB ruang penyimpanan flash. Tablet 2 dalam 1 ini juga hadir bersama papan kekunci bagi memudahkan anda melakukan kerja walau di mana jua anda berada. Selain itu TMT juga memperkenalkan STOM PC Stick, secara asasnya ia merupakan unit komputer mudah alih yang boleh disimpan di dalam poket. Anda cuma perlu menyambungkannya kepada mana-mana monitor atau TV yang menyokong sambungan HDMI.

DSC_00241_meitu_11Spesifikasi STOM i100

Pemproses Quad Core Intel® Atom 1.33 GHz
Paparan 10.6 inci IPS 1920 X 1080
Memori
  • 2 GB RAM DDR3L
  • 64 GB ROM
  • Sokongan microSD
Bateri 8900 mAH
OS Microsoft Windows 10
Harga RM1,099

t5Spesifikasi STOM PC Stick

Pemproses Quad Core Intel Atom 1.33 GHz
Memori
  • 2 GB DDR3L
  • 32 GB ROM
  • Menyokong microSD
OS Microsoft Windows 10
Harga RM599

You might also like