Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition Dilengkapi 8GB RAM + 256GB ROM & Keupayaan Cahaya Rendah Yang Baik?

Xiaomi dijadualkan memperkenalkan pewaris baru pada 2 Julai ini – Disahkan bakal hadir dengan 3 model iaitu Xiaomi CC9, Xiaomi CC9e dan Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition. Namun, tidak banyak maklumat mengenai Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition yang diketahui.

Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition

Pun begitu, beberapa butiran utama mengenai model tersebut kini mula muncul di arena web. Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun mengesahkan bahawa Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition bakal dihiasi dengan warna istimewa. Selain itu, kecekapan fotografi model ini akan dikuasakan oleh Meitu.

Dari Kiri : Kotak Pembukus Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition & Xiaomi CC9

Lei Jun turut mengesahkan model ini didatangkan dengan ketersediaan memori sebesar 8GB RAM + 256GB ROM. Pada masa sama, Lei Jun turut berkongsi kotak pembungkus Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition yang dilihat berbeza sama sekali dengan model Xiaomi CC9, Xiaomi CC9e.

Kejutan nampaknya tidak terhenti di situ, Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition juga dikatakan dilengkapi prestasi pengcahayaan rendah yang baik – mampu menangkap gambar potrait dengan terang dan jelas meskipun dalam keadaan gelap.

Berikut adalah serba sedikit butiran utama mengenai model tersebut yang dikongsi buat masa ini. Mungkin kita bakal mendengar lebih banyak menjelang pelancaran rasmi? Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut.

[SUMBER] , [SUMBER 1]

You might also like