
Realme 3 Pro Mula Terima Kemas Kini Sokongan Rakaman Video Gerak Perlahan 240fps
Realme kini melepaskan kemas kini untuk Realme 3 Pro. Kemas kini ini didatangkan bersama patch keselamatan terkini bulan Jun 2019 dan membawa sokongan rakaman video gerak perlahan 240fps. Anda boleh menyemak update log kemas kini pada imej di bawah :
Ia juga dilengkapi gerak isyarat baru untuk navigasi lebih baik. Dengan fail kemas kini 320MB, ketersediaan kemas kini untuk Realme 3 Pro ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat dan ia akan bermula di India terlebih dahulu. Berminat? Muat turun di sini.