Apple Watch Bakal Dihadirkan Dengan Kamera?

Jenama peranti pintar terkemuka dunia, Apple dikhabarkan sedang mempertimbangkan untuk memasukkan ciri kamera pada jam tangan pintar, Apple Watch.

Maklumat terdedah menerusi gambar rajah rekaan yang memperlihatkan sensor optikal pada tali jam tersebut. Rekaan ini agak unik dan di luar kebiasaan kerana kebiasaannya sensor akan dihadirkan pada jam bukannya pada tali.

Rekaan tersebut menunjukkan bahawa kamera tersebut boleh ditarik ke atas bagi merakam gambar di hadapan pengguna atau dililit semua bagi melakukan rakaman swafoto.

Dikhabarkan rakaman gambar dilakukan dengan ‘mencubit’ atau arahan suara. Namun ia hanya rekaan yang dipatenkan dan belum lagi ada desas – desus bahawa ia akan dipasarkan.

You might also like