
Sebagai sebuah aplikasi petunjuk jalan terbaik, Waze telah memperkenalkan
platform, Waze Local buat pengusaha perniagaan yang berupaya menarik perhatian pengguna dan menjenamakan diri di platform itu.
Sama seperti melihat papan iklan fizikal di jalan raya, iklan yang disasarkan di peta Waze memaklumkan para pemandu mengenai perniagaan dan tawaran berdekatan.
Iklan-iklan ini disatukan di dalam peta. Pengalaman navigasi dengan cara yang relevan, membolehkan sasaran geografi dan keupayaan memilih waktu lalu lintas untuk mencapai lebih banyak pelanggan.
Difahamkan menerusi platform itu, iklan-iklan akan muncul di aplikasi Waze dalam tiga format yang berbeza, iaitu :
- “CARIAN TAJAAN” – yang mana perniagaan akan diberi kedudukan keutamaan dalam hasil carian pemandu.
- “PIN BERJENAMA” -menimbulkan kesedaran kepada pemandu kedai-kedai berdekatan
- “PENGAMBILALIHAN KELAJUAN SIFAR” – membantu untuk memacu navigasi di kedai dengan menunjukkan pengguna Waze iklan apabila mereka berada berhampiran lokasi yang dituju lebih dari tiga saat.
Pakej ini bermula serendah AS$2 (RM8.08) sehari dan pengiklanan di Waze Local adalah mudah dengan tiga langkah yang perlu anda ikuti :
- Langkah 1: Lawati laman web Waze dan daftar akaun.
- Langkah 2: Sediakan beberapa maklumat perniagaan seperti nama, penerangan dan lokasi perniagaan anda. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan diarahkan ke halaman persediaan. Mulakan dengan memasukkan Nama Perniagaan anda.
- Langkah 3: Waze Local menggunakan model periklanan Kos Setiap 1,000 Tanggapan (CPM), jadi pilih anggaran harian anda. Anda boleh menetapkan kadar harian serendah USD$2 dan membayar dengan kad kredit anda.