
Hari ini Infinix akan melancarkan Siri Hot 10S yang terbaru, peranti gaming dan hiburan yang dinanti-nantikan menjadi tambahan kepada portfolio Hot 10. Infinix Hot 10S menetapkan standard baharu untuk kuasa, inovasi dan gaya dengan menggabungkan teknologi pemprosesan yang canggih dengan prestasi bateri yang tahan lama, tiga kamera dengan pengimejan Super Nightscape dan paparan ultra-licin, yang dilengkapkan ke dalam reka bentuk menakjubkan yang diilhamkan daripada alam semula jadi.

Siri Hot 10S menampilkan perisian enjin pengoptimum Dar-link Infinix yang meningkatkan paparan grafik dan sensitiviti skrin dengan keupayaan pembelajaran sendiri algoritma AI yang meminimumkan masa lagging. Dengan lebih daripada 2.7 bilion pemain permainan mudah alih dijangka menjelang 2023, telefon pintar Hot 10S dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio G85 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman permainan yang dipertingkatkan.
Mempunyai paparan canggih HD+ 6.82″ dengan kadar segar semula 90Hz, pengguna mendapat pengalaman tontonan yang lancar apabila menonton kesan visual CGI terkini. Kadar sentuhan sampel 180Hz menyampaikan responsif yang optimum, dan pengecaman wajah intuitif untuk peranti yang lebih cepat, selamat, dan lebih mudah diguna.

Bateri yang mengagumkan ini menawarkan 76 jam masa panggilan dengan satu cas. Dipertingkatkan oleh teknologi Power Marathon penjimatan kuasa yang menyediakan kuasa tambahan 25% sebaik sahaja bateri turun kepada 5%, pemain tidak perlu lagi memikirkan tentang penutupan sebab bateri semasa bermain, atau notifikasi bateri rendah semasa panggilan video.
Buat pertama kalinya dalam portfolio HOT, Hot 10S datang dengan kamera belakang HD 48MP, kamera AI dan kamera depth 2MP dengan Flash belakang. Ciri Super Nightscape yang baharu membolehkan pengguna mengambil gambar yang mengagumkan dalam senario gelap/cahaya rendah manakala rakaman video resolusi 2K merakam video true-to-life yang sebenar.

iri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee di mana pengguna boleh ‘add to cart’ bermula hari ini, dan ia akan dijual bermula 13 Julai 2021. Siri ini boleh didapati dalam dua versi – 4GB + 64 GB dan 4GB + 128 GB, masing-masing berharga RM 499 dan RM 549. Versi standard datang dalam dua warna: 95° Hitam dan Morandi Green.
Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S.
Dengan itu, Infinix akan mengadakan promosi eksklusif pada 13 Julai 2021 jam 3 petang melalui Shopee Live, di mana pengguna berpeluang untuk memenangi satu-satunya penutup belakang edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB di Malaysia! Bukan itu sahaja, pelanggan juga layak untuk mendapat casing telefon MLBB estetik apabila membeli Hot 10S. *sementara stok masih ada