
Setelah beberapa hari berita Vivo V11 tertiris di laman sesawang, peranti baharu dari vivo ini akhirnya mendapat pengesahan dari pihak Vivo Malaysia. Peranti dengan kod nama Vivo 1806 yang dipercayai akan diperkenalkan dengan nama vivo V11 telah melepasi SIRIM baru-baru ini.
Walaupun V11 masih belum dilancarkan, tetapi menurut video pendek yang dikongsikan di laman FB OPPO, jelas nampak ia datang sekali dengan rekaan paparan skrin jenis titisan air. Teknologi pengimbas cap jari dalam skrin juga merupakan salah satu spesifikasi yang akan disokong pada peranti baharu ini.
Sementara waktu ini masih tiada lagi maklumat selanjutnya dari vivo, termasuk juga tarikh perasmian, apa-apa kita nantikan sahaja berita dari vivo.