
[Tertiris] Spesifikasi & Gambar Rekaan Huawei Enjoy 8

TEENA dilapor sudah memberi pengesahan kepada dua model keluaran Huawei dengan kod nombor LDN-TL10 dan LDN-TL20. Berdasarkan khabar angin yang tersebar sebelum ini, kedua-dua model ini dipercayai varian bagi Huawei Enjoy 8, tetapi rekaan serta spesifikasinya mirip seperti Honor 7C.
Huawei Enjoy 8 menampilkan paparan skrin paparan berukuran 5.99 inci dengan resolusi 720×1440 piksel dan dikuasakan oleh pemproses Octa Core 1.4GHz dengan dua pilihan memori iaitu RAM 3GB/ 32GB ROM atau RAM 4GB/ 32GB ROM. Panel bahagian belakang pula menempatkan dwi kamera 13 Megapiksel + 8 Megapiksel, manakala kamera untuk swafoto pula beresolusi 8 Megapiksel.
Bakal ditawarkan dalam empat pilihan warna seperti Hitam, Emas, Biru dan Ros Emas, telefon pintar ini dibekalkan bateri berkapasiti 2920mAh.

