[Tertiris] Xiaomi Blackshark Sokong Pemproses Snapdragon 845 & RAM 8GB

Sebelum ini telah kedengaran Xiaomi yang mahu menghasilkan telefon pintar ‘gaming’ mereka sendiri. Menguatkan lagi khabar angin tersebut, sebuah telefon pintar dengan kod nama ‘Blackshark’ mula tersenarai dalam platform Antutu.

Ia berkait rapat dengan Xiaomi kerana salah satu syarikat di bawahnya menggunakan nama Black Shark Technology Incorporated. Penyenaraian di Antutu ini memperlihatkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini seperti dijana oleh Android 8.0 Oreo, pemproses Snapdragon 845 dan Adreno 630 yang diserikan dengan memori RAM 8GB serta ROM 32GB.

Menampilkan paparan dengan nisbah 18:9 beresolusi 2160×1080 piksel, ujian benchmark yang dijalankan oleh Antutu telah berjaya direkodkan adalah 270,680 dan ia lebih tinggi berbanding Samsung Galaxy S9+ yang meraih markah 265,267.

Selain Xiaomi, ASUS juga dikhabarkan akan menawarkan telefon pintar khas untuk gaming. Nampaknya Razer Phone tidak lagi berseorangan dalam pengeluaran telefon pintar berasaskan gaming selepas ini.

Sumber

You might also like