HUAWEI Nova 7 SE Kini Rasmi – Tampil Dengan Kirin 820 & Dijual Pada Harga RM1499

Buat peminat HUAWEI, ada sesuatu yang menarik apabila mereka telah melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai sebagai Nova 7 SE pada harga RM1499 yang bakal hadir pada 19 Jun.

Peranti ini hadir dengan skrin yang memukau iaitu 6.5″ LCD. MEnariknya, ia tampil dengan cip pemproses Kirin 820 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan 128GB>

Dari aspek kamera pula, ia tampil dengan kamera belakang 64MP + 2MP + 2MP. Bagi kamera hadapan pula ia tampil dengan 16MP.

Kapasiti bateri juga boleh tahan apabila ia dihadirkan 4000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 40W.

Bagi pembeli terawal, ada sesuatu yang menarik untuk anda apabila anda akan menerima HUAWEI Band 4, akses HUAWEI Video, HUAWEI Book selama 6 bulan, HUAWEI Cloud 15GB selama setahun secara percuma.

Tampil dengan3 varian warna iaitu Space Silver, Midsummer Purple dan Crush Green.

You might also like