Huawei P20 Pro Twilight Akan Berada Di Seluruh Malaysia Bermula 4 Jun 2018

Ada yang datang dari Johor semata-mata untuk memiliki Huawei P20 Pro Twilight. Itu antara pelanggan yang terawal tiba di perkarangan Huawei Flagship Stores, Pavilion Elite seawal jam 9 pagi pada Jumaat, 4 Mei yang lepas.

Sebanyak 500 unit Huawei P20 Pro Twilight telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia tempoh hari. Sambutan yang baik menjadikan warna Twilight ini diminati rata-rata pengguna telefon pintar di Malaysia. Harga yang dijual pula masih kekal iaitu RM3,299 seunit.

Sehingga hari ini pihak Huawei masih belum memaklumkan berapa unit yang berjaya dijual pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, Huawei P20 Pro Twilight akan berada di bilik pameran Huawei Experience Stores, Display Zon, dan wakil penjual sah bermula 4 Jun depan.

Bagi yang terlepas untuk menjadi pengguna terawal, anda boleh dapatkannya sebelum Hari Raya Puasa yang bakal disambut bulan hadapan.

You might also like