
[Tertiris]: iPhone XR 2019 Bakal Tampil Dengan DwiKamera Belakang
Seperti yang diketahui iPhone XR versi mampu milik bagi pengguna. Terkini desas-desus menyatakan bahawa iPhone XR 2019 bakal tampil dengan dwi kamera di bahagian belakang seperti beberapa maklumat yang tertiris baru-baru ini.

Dalam satu maklumat yang dikongsi oleh @Onleaks, rekaanya persis iPhone 2019. Namun masih tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi kameranya.

Dijangkakan Apple akan menggunakan SoC yang terkini bagi papan utama XR sungguhpun ia adalah versi yang lebih murah.
pada ketika ini, iPhone XR dijual pada harga bermula dari RM3,599. Walauapapun, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini di pasaran!!!

