- Iklan -

Maxis Programmable Network Bawa Era Baru Kesalinghubungan & Prestasi Rangkaian Untuk Perusahaan

Maxis terus memacu digitalisasi perniagaan dengan pelancaran Maxis Programmable Network (MPN), rangkaian perisian-dengan definisi pertama yang boleh diprogramkan di Malaysia. Rangkaian generasi baru dan sedia 5G ini yang memenuhi keperluan semua perusahaan untuk keperluan suara dan data tetap mereka telah direka untuk memberi perusahaan ketangkasan, kawalan, skalabiliti dan juga keupayaan untuk melihat bagaimana mereka menghubungkan organisasi, bukan setakat melanggan perkhidmatan semata-mata.

Sebagai gambaran, MPN membolehkan perusahaan meningkatkan lebar jalur mereka secara berskala dengan langganan fleksibel dalam hanya satu hari. MPN mengaktifkan ciri utama untuk perniagaan – iaitu Bandwidth on Demand – yang menyediakan perusahaan dengan keupayaan untuk meningkatkan lebar jalur pada bila-bila masa. Untuk memanfaatkan MPN sepenuhnya, pelanggan hanya perlu log masuk atau mendaftar di Maxis Business Hub untuk mendapat akses kepada perkhidmatan atas permintaan pelbagai termasuk Bandwidth on Demand.

Bandwidth on Demand masa nyata tersedia dengan enam perkhidmatan lebar jalur perusahaan tetap: Dedicated Internet Access, Managed SD-WAN, Cloud Connect, Multi-Protocol Label Switching VPN, Data Centre Connect, dan Domestic Private Leased Circuit. Perusahaan boleh meningkatkan lebar jalur mereka dengan menekan butang di portal layan diri baru dalam Maxis Business Hub. Simpanan data yang berat, aktiviti penyelenggaraan dan pemulihan juga boleh dilakukan dengan lebih efektif, memberikan pengjimatan sehingga 30%.

Faedah MPN untuk perniagaan

Ini sebabnya MPN adalah rangkaian paling maju untuk perniagaan:

  1. Menawarkan prestasi bertaraf perusahaan, diupayakan infrastruktur MEF 3.0, piawaian emas antarabangsa untuk perkhidmatan ethernet.
  2. Menawarkan lebar jalur masa nyata berdasarkan permintaan, yang membolehkan perniagaan mendapatkan lebar jalur yang diperlukan dengan serta-merta dan membayar untuk hanya yang diperlukan.
  3. Mempunyai integrasi yang mendalam dengan penyedia Awan untuk membolehkan perniagaan memperluas infrastruktur mereka dengan mudah sepanjang kitaran hayat Awan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Programmable Network, sila lawati https://business.maxis.com.my/en/maxis-programmable-network/

You might also like