Qualcomm Perkenal Tiga Cipset Baharu Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 & 765G

Qualcomm kini terus melangkah ke hadapan apabila secara rasminya memperkenalkan tiga chipset baharu menerusi kemunculan Snapdragon 865, 765 & 765G. Ketiga tiga chipset ini diselitkan dengan sokongan rangkaian 5G untuk pengalaman lebih baik.

Berbeza dengan pendahulunya, Snapdragon 865 dilihat menerima peningkatan ketara – dibina dengan cip lapan teras (7nm) TSMC. Ia diintegrasikan dengan model 5G secara terbina daripada Snapdragon X55 dan dipadankan dengan GPU baharu Adreno 650. GPU ini dikatakan 25% lebih berkuasa berbanding GPU Adreno 640.

Untuk cip pemproses Snapdragon 765 dan 765G pula, lebih berfokuskan kepada smartphone kelas pertengahan dengan sokongan 5G – ia diintegrasikan dengan model 5G secara terbina daripada Snapdragon X52 yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 3.5GBps dan muat naik sehingga 1.65Gbps. Ia dibina dengan cip lapan teras (7nm) Samsung EUV. Tidak ketinggalan, sokongan AI pada kedua-duanya dikatakan menerima peningkatan lebih baik dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming.

You might also like