USB Type-C Bakal Dilindungi Dari Pengecas Tiruan

´òÓ¡USB Type-C banyak kelebihannya, namun terdapat masalah di mana syarikat yang diragui menjual kabel murah tetapi bermasalah yang mungkin akan menyebabkan peranti meletup apabila dicas. USB Implementers Forum (USB-IF) telah memperkenalkan penyelesaiannya pada acara IDF 2016 yang berlangsung di China.

USB-IF telah mengumumkan ia sedang membangunkan sistem perlindungan bagi mengelakkan perkara di atas daripada berlaku. Secara asasnya, ia merupakan solusi perisan berasaskan kriptografi (menggunapakai enkripsi 128-bit) yang mengesahkan sebuah pengecas USB ataupun keupayaan peranti dan sertifikasinya apabila ia disambungkan kepada peranti.

USB Type-C

Menurut laporan Ars Technica, verifikasi ini berlaku sebelum sebarang data dipindahkan. Jika kabel tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan tidak disahkan USB-IF, walaupun disambungkan ke peranti ia masih terhindar dari sebarang bahaya.

Walau bagaimanapun, pengecas USB sedia ada tidak boleh dinaiktaraf bagi menyokong standard ini. Tetapi, ia menyediakan perlindungan yang lebih kepada pihak korporat kerana ia membolehkan jabatan IT meletakkan polisi untuk hanya menggunakan pemacu USB yang disediakan pihaknya sahaja untuk digunakan dengan peranti milik syarikat.

Ini bermakna, tiada kemungkinan komputer riba akan dijangkiti malware oleh kerana kesilapan pekerja menggunakan pemacu USB yang diragui kerana standard ini tidak akan membenarkan satu sambungan data dibuat dengan pemacu USB yang diragui.

You might also like