
Samsung Tab Iris, Sokong Pengimbas Mata
Samsung hadir lagi dengan tablet baru, di mana ia menyokong pengimbas mata yang dikenali sebagai Tab Iris. Buat permulaan, ia akan dilancarkan di pasaran India. Bekerjasama dengan Unique Identification Authority of India (UIDAI), setiap imbasan mata akan boleh diakses peranti ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Sistem imbasan mata dirasakan adalah lebih selamat berbanding sistem biometri lain yang boleh ditipu. Maklumat peribadi perbankan, kesihatan, pendidikan, cukai dan pasport akan disimpan menggunakan sistem UIDAI ini.
Samsung Tab Iris merupakan sebuah tablet skrin 7.0 inci dengan resolusi 1024×600 pixel, telah dikuasakan oleh pemproses Quad Core berkelajuan 1.2GHZ serta memori dalaman 16GB bersama 1.5GB RAM. Dari fungsi multimedia pula, tablet berketebalan 9.7mm hanya menyokong kamera utama 5 Megapixel auto fokus, manakala bateri sebesar 3600mAh turut dioperasikan Android 5.1 Lollipop. Ia dijual pada harga Rs. 13499 (kira-kira RM 818).
SUMBER: SAMSUNG

