Sharp Aquos S3 Dilancarkan Dengan Rekaan 6” Paling Kompak

Semalam kami ada kongsikan mengenai tarikh pelancaran Sharp Aquos S3 di Vietnam dan serba sedikit spesifikasi berdasarkan gambar yang tertiris. Hari ini ia diperkenalkan secara rasmi dengan membawakan ciri-ciri sebuah telefon pintar dengan skrin penuh berongak bersama sistem dwi kamera utama.

Apa yang boleh dikatakan Sharp Aquos S3 merupakan peranti 6-inci pertama di dunia yang paling kompak pernah dikomersialkan. Dimensi seluruh tubuh badan pula lebih kecil dan nipis berbanding LG V30. Ia hadir dengan paparan 18:9 beresolusi 2160 x 1080p IPS LCD dengan skrin seakan iPhone X.

Sharp Aquos S3 menempatkan dwi kamera utama menggunakan sensor 12MP + 13MP sudut lebar dan telefoto bersama aperture f/1.75. Penggambaran kamera belakang turut menyokong ciri AI dan mod potret khusus untuk hasil gambar lebih cantik. Manakala bahagian depan terdapat kamera 16 Megapiksel.

https://youtu.be/vEFHKM39yes

Peranti ini dikuasakan melalui cip pemproses Snapdragon 630, RAM sebesar 4GB, dan storan seluas 64GB. Janaan turut dilengkapkan sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama bateri berkapasiti 3,200mAh yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Sharp Aquos S3 akan mula dipasarkan di Taiwan pada harga NTD11,990 (kira-kira RM1,599) seunit.

Sumber

You might also like