
Tipu kalau kata diri sendiri tak nak merasa guna iPhone X. Bukannya sebab tak minat tetapi ramai merasakan duit sebanyak RM5000 tu boleh buat banyak benda lain lagi atau belanjakan kepada perkara yang lebih penting.
Jika anda salah seorang pelanggan Digi yang melanggan pelan pascabayar, apa kata cuba cara mudah ni untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah untuk memenangi satu daripada 50 biji iPhone X. Mudah sahaja, anda perlu mendaftar kad kredit Mastercard untuk pembayaran bil bulanan. Bermakna setiap bulan bil bulanan Digi anda akan terus dicas ke kad kredit tanpa anda perlu membuat transaksi di kedai fizikal ataupun secara atas talian.
Promosi akan berakhir 31 Mac ini iaitu lebih kurang tiga hari lagi. Tunggu apa lagi, jom ikuti langkah dibawah bagaimana cara untuk mengaktifkan Auto Pay menggunakan aplikasi MyDigi :
- Klik pada ikon manusia di bahagian atas kiri dan pilih auto billing
- Klik ikon “+” di sebelah kanan skrin
- Isikan maklumat dan pilih “Mastercard” sebagai mod pembayaran
- Hantar maklumat dan pastikan status “Successful”
- Maklumat auto billing pada Mastercard akan dipaparkan
Selepas permohonan berjaya, pelanggan akan menikmati potongan diskaun sebanyak 5% untuk setiap bil selama enam bulan berturut-turut. Jika tidak berjaya, anda boleh layari stor Digi yang berhampiran untuk bantuan selanjutnya.