Pendedahan kotak Redmi Note 10: Bakal Hadir Dengan Lensa Utama 108MP & Kamera Depan Berlubang Infinity-O!

Ada sesuatu yang menarik apabila Manu Kumar Jain yang merupakan ketua Pemasaran Xiaomi India, telah berkongsi foto pertama dengan kotak siri Redmi Note 10 di Twitter.

Jika dilihat dari gambar tersebut, memperlihatkan peranti ini hadir dengan kemera berlubang. Dilaporkan, kameranya adalah 108MP bagi lensa utama.

Dikhabarkan, ia bakal dilancarkan di India pada 4 Mac ini dan ia mungkin hadir dalam 3 varian iaitu Redmi Note 10, Note 10 Pro dan Note 10 Pro Max.

Sejauh manakah kebenaranya, perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like