
Apple Mungkin Akan Disaman Sebanyak RM8.75 Billion Gara-Gara Mengenakan Caj Berlebihan Di App Store?
Ada satu berita menarik mengenai Apple yang mana ia bakal menghadapi satu lagi saman di UK yang difailkan ke Tribunal Rayuan Persaingan London gara-gara mengenakan caj berlebihan di App Store.

Apple berkemungkinan akan disaman sejumlah £1.5 bilion (kira-kira RM 8.75 bilion) sebagai ganti rugi. Menurut satu laporan daripada Bloomberg, saman ini adalah saman kelompok dan telah difailkan 2 minggu lalu.
Walaubagaimanapun, Apple diberikan tempoh selama 12 minggu untuk menjawap pertuduhan tersebut.