[ Tertiris ] vivo Sub Jenama – iQOO Terdedah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Bezel Nipis Yang Menakjubkan!

Dua hari yang lepas media sosial terkecoh-kecoh dengan sub jenama vivo yang dikenali sebagai iQOO, dan ramai yang mengatakan jenama ini akan diletakkan sebagai model utama yang memfokus pada pasaran mewah.

[ [Ura-Ura] : vivo Dijangka Hadir Dengan Sub-Jenama Baru Dikenali Sebagai “iQOO”? ]

Topik hangat ini mendapat pengesahan yang lebih jelas lagi satu post dari forum peminat vivo rasmi, reka bentuk peranti iQOO pertama lagi terdedah! Melalui gambar terbocor, ia menggunakan rekaan skrin boleh lipat dan mempunyai bezel nipis yang sangat menakjubkan.

Pada masa yang sama, anda dapat melihat bahawa antaramuka UI akan menyesuaikan mod yang berlainan mengikut cara lipatan pada peranti iQOO.

Walaupun post tersebut telah diturunkan dari forum, namun melalui apa yang dilihat iQOO muncul sebagai sebuat peranti boleh lipat adalah tidak mustahil pada trend masa kini. Apa-apa pun kita menunggu pihak vivo atau iQOO mengumumkan berita rasmi di kelak.

 

 

You might also like