
Bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Januari 2018 ini, pembeli yang membuat pembelian model telefon pintar jenama vivo yang terpilih melalui cawangan ALL IT Hypermarket yang mengambil bahagian akan turut menerima kad microSD secara percuma mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Dengan setiap pembelian model vivo V7 atau V7+, pembeli akan menerima kad microSD jenama SanDisk dengan kapasiti 32GB. Manakala pembelian model vivo V5s, Y69, Y65, dan Y53 pula akan menerima kad microSD jenama yang sama dengan kapasiti yang lebih rendah iaitu 16GB.
Namun begitu, tawaran ini hanya sah di tujuh cawangan ALL IT Hypermarket iaitu KLCC, Low Yat, Mytown, Sunway Velocity Mall, PJ Digital Mall, Ikano Power Centre, dan juga ioi City Mall.


