
Maxis telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia (Lazada) untuk membina laman web khusus untuk penjualan 11.11 yang dinanti-nantikan bagi memberikan pelanggan sebuah pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Pengguna Maxis dan Hotlink akan menjadi satu-satunya pelanggan telko di Malaysia yang dapat merebut tawaran membeli-belah Lazada secara langsung dari aplikasi Maxis, Hotlink, dan Hotlink Postpaid mereka.
Berikut perlu dilakukan oleh pelanggan di aplikasi Maxis atau Hotlink untuk pengalaman membeli-belah yang hebat:


Tawaran 11.11 menarik dari Maxis dan Lazada
Selain membeli-belah di Lazada secara langsung melalui aplikasi Maxis dan Hotlink mereka, pelanggan prabayar Hotlink juga akan menikmati tawaran 11.11 HotlinkMU Internet khas dengan lebih banyak ganjaran dan nilai. Semua pembeli termasuk pengguna bukan Maxis dan Hotlink juga boleh membeli telefon pintar terkini tanpa kontrak dengan diskaun sehingga RM890, atau memilih potongan 30% dari pelan Prabayar, Pascabayar & Jalur Lebar dengan penghantaran percuma melalui Kedai Maxis di Lazada Malaysia.
Untuk menikmati jualan satu hari ini, lawati https://www.lazada.com.my/shop/maxis-broadband