
Lelaki Ini Hampir Terkena Renjatan Menggunakan iPhone!
Ada kes lagi!? Kali ini iPhone pula! Lelaki yang berusia 32 tahun ini sangat bernasib baik kerana tidak terkena renjatan elektrik. Apa terjadinya?
Pada mulanya beliau mengecas iPhone semasa tidur, keesokan harinya beliau tersedar rantai besi yang dipakai olehnya melekat pada bahan logam di palam kuasa iPhone-nya. Oleh itu, beliau mengalami kejutan hingga membuatkan beliau terjatuh dari katil tidurnya.
Penglihatan beliau mula kabur dan pitam, terus menanggalkan rantai yang dipakainya. Beliau dimasukkan ke hospital selama 3 hari dan mengalami melecur kulit leher dan tangan. Kami menasihati pengguna telefon pintar supaya elakkan dari mengecas peranti semasa tidur selain mengecas peranti di tempat yang lebih selamat.



