

Kejohanan PUBG MOBILE National Championship (PMNC) yang dinanti-nantikan akhirnya tiba ke kemuncaknya dengan Peringkat Akhir bagi kategori skuad berlangsung hujung minggu ini dari 1 hingga 3 Ogos 2025. Pertaruhan amat tinggi dengan jumlah hadiah sebanyak RM10,000 menjadi rebutan 16 pasukan. Sebagai Rakan Telefon Pintar Rasmi PMNC MY Fall 2025, TECNO memperkasakan pertandingan ini dengan POVA 7 Ultra 5G.
Dua pasukan teratas dari kategori Skuad akan layak ke PMSL SEA Fall, di mana Juara kejohanan tersebut akan melayakkan diri ke PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) 2025.
Final kategori Solo telah berakhir hujung minggu lalu, menyaksikan HxKaitoGN merangkul tempat pertama dan sebahagian daripada hadiah wang tunai RM5,000. Ini merupakan kemenangan yang mengagumkan oleh HxKaitoGN, yang berjaya menewaskan pemain berpengalaman HBSyamitz, seorang pemain terkenal kejohanan PMSL SEA. Kehebatan kedua-dua pemain ini telah menarik perhatian pasukan profesional, berpotensi untuk direkrut, mencontohi kejayaan terkini RAYYAN dan BRIAN. Selepas persembahan cemerlang mereka dalam PMNC, RAYYAN dan BRIAN telah direkrut ke PMSL SEA Summer 2025, menyertai pasukan BTR dan TODAK masing-masing.
Kita juga meraikan pencapaian hebat daripada peserta lain. MUHDZAKI, yang menyertai buat kali kedua, berjaya meningkatkan prestasinya daripada kedudukan Top 8 musim lalu kepada Top 4 musim ini. Seorang lagi peserta yang kembali, YONGGIRL, memukau penonton pada Hari Pertama apabila menduduki kedudukan Top 2 daripada 800 peserta, dan akhirnya menamatkan Hari Kedua dengan kedudukan Top 8 dalam kumpulan yang sangat kompetitif.
Kategori Skuad akan bermula pada hari Jumaat ini. Turut bersaing dengan finalis ialah pasukan jemputan Sentry Symphony Esports (SSE), AZ Slumber (AZ), DX NSZ, Sdesa MYX (sebelum ini dikenali sebagai Doppel Ganker), serta dua pasukan teratas musim lalu, MAQNA ESPORTS CLUB (MEC) dan NEW ERA (NWE). Pertarungan bagi merebut gelaran juara PMNC tahun ini dijangka sengit, memandangkan sebahagian besar pasukan jemputan telah membuat pertukaran barisan pemain untuk mencipta strategi kemenangan. Mampukah MEC dan NWE mempertahankan kedudukan mereka dan mara ke musim seterusnya PMSL SEA 2025?
Peringkat Akhir bagi kategori skuad sekali lagi akan menampilkan format SMASH RULE. Mata sasaran akan ditentukan berdasarkan jumlah mata pasukan Top 1 dengan tambahan 10 mata. Mana-mana pasukan yang berjaya mencapai sasaran mata dan memperoleh WWCD akan serta-merta dinobatkan sebagai Juara.
Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) bagi Tencent Games berkata, “Sungguh mengagumkan melihat bakat luar biasa dari seluruh negara. Dedikasi dan kemahiran mereka benar-benar terserlah, dan saya tidak sabar untuk menyaksikan mereka menguasai medan pertempuran. Kami di Tencent Games ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja hebat kami, TECNO, atas sokongan tidak ternilai dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga berjaya kepada semua pemain!”
Peminat boleh menonton kejohanan ini secara langsung menerusi siaran langsung di laman rasmi PUBG MOBILE.
PUBG MOBILE National Championship (PMNC) MY Fall 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG MOBILE, sila layari platform rasmi PUBG MOBILE:
| Laman PUBG MOBILE Malaysia | Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia |
| Facebook: PUBG MOBILE Malaysia | Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia |
| Instagram: @pubgmobilemyofficial | Instagram: @pubgmobile.esports.my |
| TikTok: @pubgmofficialmy | TikTok: @pubgmobile.esports.my |
| Youtube: PUBG MOBILE Malaysia |

