Samsung Galaxy Tab S3 Memasuki Pasaran Malaysia – S pen Diperbaharui!

Masih ingat Samsung Galaxy Tab S3 yang dilancarkan pada MWC 2017 yang lepas? Kini Samsung Malaysia Elektronik (SME) telah membuka jualan Samsung Galaxy Tab S3 di Samsung Experience Store seluruh Malaysia. Tablet bersaiz 9.7 inci dengan ciri premium ini didatangkan bersama rekaan S pen yang telah dinaik taraf supaya pengalaman menulis seperti memegang sebuah pen dakwat sebenar.

Hari ini, para pengguna lebih tertumpu pada tablet untuk melakukan kerja dan aktiviti harian daripada membuka komputer riba yang berat. Reka bentuk pada tablet terbaru Samsung ini lebih mudah dibawa ke mana-mana dengan rekaan luar yang lebih premium menggunakan bingkai aluminium dan panel gelas tahan lasak.

Paparan pada skrin yang besar ini masih lagi memberi kepadatan piksel yang tinggi dengan 2048 x 1536 Super AMOLED bersama sokongan HDR menghasilkan warna yang jitu. Kamera belakang diletakkan 13 Megapiksel AutoFocus dan depan 5 Megapiksel, storan dalaman 32GB ini dilengkapi bersama RAM 4GB dan cip pemproses Qualcomm MSM 8996 empat teras 2.15GHz dan Android 7.0 Nougat.

Pengalaman hiburan ditambah dengan empat pembesar suara yang telah ditala oleh AKG dari Harman pertama dihasilkan untuk tablet. Masa menonton pada Galaxy Tab S3 mencecah 12 jam hasil daripada bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB Type-C 3.1 beserta sambungan Bluetooth 4.2 termasuk liputan LTE Cat.6.

Permainan video dibantu dengan Vulkan API yang menyalurkan grafik baik dan lancar. Sistem keselamatan pula, Samsung menyediakan pengesahan biometrik untuk log masuk dan sambungan tanpa wayar untuk peranti lain memindahkan fail ke dalam Tab S3 ini. Selain itu, papan kekunci Pogo juga memudahkan pengguna untuk menaip lantas menjimatkan masa memasang.

Samsung Galaxy Tab S3 boleh didapati dalam warna hitam dan perak pada harga RM2,999, manakala untuk papan kekunci Pogo ini dijual RM499. Sarung pelindung boleh lipat magnetik boleh dibeli dengan harga RM199, menyediakan pilihan warna hijau, hitam dan putih.

Selain Samsung Experience Store, anda juga boleh membeli Samsung Galaxy Tab S3 di laman jual atas talian Lazada dan 11street bermula esok 1 Jun 2017, juga boleh mengunjungi kedai-kedai terpilih seluruh negara.

 

SPESIFIKASI
  • 7” QXGA (2048 x 1536) Super AMOLED
  • Qualcomm MSM 8996 empat teras 2.15 + 1.6 GHz
  • RAM 4GB + 32GB ROM
  • microSD sehingga 256GB
  • 13MP AF + 5.0MP, flash
  • USB 3.1 Type-C
  • WiFi 802.11 a/bg/n/ac 2×2 MIMO, Bluetooth 4.2
  • GPS, GLONASS, BEIDOU, GALILEO
  • 237.3 x 169.0 x 6.0mm
  • 434g
  • 6,000mAh, pengecasan pantas
  • Android 7.0 Nougat
  • Video 4K

https://www.youtube.com/watch?v=mBpoLjOzi04

You might also like