
ASUS X00KD Mempunyai Dwi Kamera Dan Bateri 4,020mAh?
ASUS dilaporkan akan mengeluarkan telefon pintar versi sukan ‘Sports’ yang disahkan oleh TENAA. Kamera yang akan digunakan ialah 13 Megapiksel dan 8 Megapiksel manakala di depan pula hanya 5 Megapiksel yang dibekalkan dengan bateri sebesar 4,020mAh.
Isi dalaman peranti ini dipenuhkan dengan pemproses lapan teras 1.25GHz dengan RAM 2GB dan versi 3GB, sementara untuk storan dalaman pula akan hadir sama ada 16GB atau 32GB. Sudut paparan menerima saiz skrin 5 inci HD penuh di mana hadir dengan pengimbas cap jari biometrik di bahagian depan.
Negara yang menerima atau harga masih lagi belum diketahui. Jika ada info lanjut, pasti eRing akan kongsikan.