Malaysia Akan Terus Menggunakan Teknologi HUAWEI Sebaik Mungkin – Tun M

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad menegaskan bahawa Malaysia masih akan terus menggunakan teknologi HUAWEI. Beliau berkata demikian pada acara Future of Asia yang dianjurkan di Jepun.

Menurut beliau, kajian serta pembangunan yang dilaksanakan oleh syarikat peranti pintar terkemuka itu sangat memberi impak dan besar berbanding kemampuan keseluruhan Malaysia.

Tambahnya lagi, persaingan sihat perlu dilaksanakan walaupun negara berkenaan ketinggalan dalam pembangunan bukannya dengan menghalang atau mengharamkan sesuatu perkara itu.

Terdahulu, HUAWEI telah memfailkan usul meminta ‘Summary Judgment’ Bagi Menentang Halangan Amerika Syarikat.

You might also like