Mungkin Tidak Lama Lagi Kita Boleh Memadam Dan Menukar Kandungan Mesej WhatsApp Yang Telah Dihantar

headerWhatsApp dikatakan sedang membangunkan fungsi baru yang membolehkan pengguna untuk meng‘edit’ dan memadam mesej yang telah dihantar. WABetaInfo, sebuah akaun Twitter yang selalu memuat naik berita beta mendakwa telah menemui ciri ini di WhatsApp 2.17.1.869 beta untuk iOS.

WABetaInfo memuat naik tweet video yang menunjukkan proses penghapusan mesej di dalam aplikasi tersebut. Fungsi tersebut boleh diaktifkan dengan tap dan hold pada mesej yang telah dihantar, dan menekan butang revoke. Menurut mereka fungsi ‘edit’ juga disediakan, namun telah dinyahaktif secara default.

2Tweet berikutnya mendedahkan satu butang “edit” yang terdapat dalam menu yang sama, ia membolehkan pengguna untuk menukar kandungan mesej yang dihantar. Walaupun spekulasi ini berkaitan dengan sistem operasi iOS, berkemungkinan besar ciri ini juga akan dilancarkan untuk peranti Android.

You might also like