
Apple Bercadang Untuk Menyatukan Aplikasi Untuk Platform iOS Dan macOS

Pada masa sekarang, pengguna komputer Mac yang dioperasikan oleh macOS dan juga pengguna peranti iOS seperti iPhone dan iPad tidak memiliki pengalaman yang sama apabila menggunakan sesebuah aplikasi. Ini kerana kedua-dua plaform ini memiliki kedai aplikasi yang khusus iaitu Mac App Store serta Apple App Store. Bahkan pengasingan kedai aplikasi ini juga memerlukan pihak pembangun untuk menghasilkan dua aplikasi yang berasingan untuk memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Apple.
Menyedari akan isu ini, Apple akhirnya telah bercadang untuk menyatukan aplikasi agar ia boleh digunakan pada kedua-dua platform ini tanpa sebarang masalah. Perancangan ini secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk mengoperasikan aplikasi kegemaran mereka pada semua peranti keluaran Apple, termasuklah iPhone, iPad dan juga Mac.
https://www.youtube.com/watch?v=9EneuZgvQhQ
Malah ia juga dilihat mampu mengatasi isu pilihan aplikasi yang terhad dan jarang dikemaskini yang dihadapi oleh pengguna Mac App Store kerana pihak pembangun tidak lagi perlu menghasilkan dua aplikasi yang sama secara berasingan. Menurut Bloomberg, penyatuan aplikasi untuk platform iOS dan macOS ini akan bermula awal tahun 2018 nanti.

