Gambar Acah Terkini Samsung Galaxy Fold 2 Terdedah – Rekaan Skrin Boleh Lipat Bertakuk Kecil

Bulan Disember yang lalu telah terdedah sebilangan gambaran sebenar Samsung Galaxy Fold 2 di laman sesawang, hari ini LETSGODIGITAL berkongsi lagi beberapa gambar hi-res Galaxy Fold 2.

Dilihat Galaxy Fold 2 mempunyai rekaan skrin boleh-lipat seperti Motorola RAZR 2019, paparan skrin dikhabarkan akan menggunakan 6.7 inci AMOLED bersama paparan sekunder bersaiz kecil yang memaparkan notifikasi. Manakala di sebelahnya terletak LED Flash dan sokongan dwi-kamera.

Acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2020 telah diumumkan secara rasmi akan diadakan pada 11 Februari 2020, siri Galaxy S20 dan Galaxy Fold 2 akan diperkenalkan serentak pada masa itu. Sama-sama kita nantikan.

________________

BACA JUGA:

Samsung Galaxy S10 Lite & Note10 Lite Rasmi – Sokong Kamera Lebih Baik & Bateri Besar 4,500mAh

 

 

You might also like