- Iklan -

Samsung Galaxy A02 & Galaxy A02s Sesuai Untuk pengguna aktif

- Iklan -

Jika anda sering membawa power bank ke mana-mana kerana risau akan ketahanan bateri telefon pintar anda, mungkin sudah tiba masa untuk anda mendapatkan telefon pintar yang dilengkapi dengan bateri yang mempunyai kapasiti besar seperti Samsung Galaxy A02 dan Galaxy A02s. Kedua-duanya mempunyai bateri sebesar 5000 mAh 1 yang boleh menyokong anda melakukan aktiviti seharian seperti pembelajaran dalam talian, bermain game atau melayari laman web dan platform media sosial kegemaran anda.

Jika anda sering sibuk dengan aktiviti harian, pasti anda perlukan telefon pintar yang dapat menjimatkan masa anda untuk mengecasnya. Bateri Galaxy A02s dikuasai pengecasan pantas 15W sesuai buat anda yang sentiasa menggunakan telefon pintar untuk aktiviti harian setiap masa. Prestasi telefon pintar juga penting agar dapat memudahkan anda melakukan pelbagai tugasan pada telefon pintar. Galaxy A02 dilengkapi RAM 3GB dengan cip MediaTek MT6739W, manakala Galaxy A02s pula yang dilengkapi RAM 4GB dengan cip Snapdragon 450 akan memberi pengalaman prestasi yang lancar untuk segala aktiviti dalam talian anda semasa menggunakannya.

Jika anda ingin mendapatkan telefon pintar 4G baharu untuk digunakan bagi aktiviti dalam talian yang menjadi keperluan pada waktu pandemik ini, ini adalah masa yang sesuai untuk anda mendapatkannya kerana Samsung dan Digi kini menawarkan penjimatan buat pengguna kumpulan B40 melalui rebat peranti berjumlah RM180 dan RM300 mengikut syarat kelayakan anda. Anda boleh memiliki Galaxy A02 secara percuma atau mendapatkan Galaxy A02s pada harga RM95 dengan melanggan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle. Melalui langganan pelan prabayar tersebut dengan bayaran bulanan sebanyak RM35 tanpa terikat dengan kontrak, anda boleh
menikmati data internet sebanyak 30GB sebulan dan panggilan percuma tanpa had, termasuk data
percuma 2GB untuk satu jam setiap hari selama 12 bulan.

Samsung memahami keperluan anda agar lebih ramai pengguna dapat memiliki telefon pintar yang bukan sahaja mampu milik malah dapat memberikan prestasi yang baik dan pengalaman yang lancar. Jangan lepaskan peluang ini kerana pendaftaran hanya dibuka sehingga 31 Julai 2021. Semak kelayakan anda dan daftar segera di sini.

- Iklan -

You might also like