HUAWEI MediaPad M6 Kini Rasmi – Harga Jualan Bermula RM1,899 & Ketersediaan Sekarang!

HUAWEI secara rasminya memperkenalkan pendatang baru untuk segmen tablet keluaran mereka iaitu HUAWEI MediaPad M6. Tablet ini didatangkan dengan sokongan dalaman yang hebat bersama persediaan teknologi menarik.

HUAWEI MediaPad M6 menggunakan skrin dengan definisi tinggi – resolusi 2K dan menyokong teknologi peningkatan paparan yang tajam sekaligus membolehkan warna dipersembahkan dengan lebih tepat bersama butiran terbaik. HUAWEI MediaPad M6 mempunyai paparan bersaiz 10.8″ dan dilengkapi pemproses Kirin 980 bersama kombinasi memori sehingga 4GB RAM + 128GB ROM – turut diselitkan dengan GPU Turbo.

Melengkapinya adalah bateri sebesar 7,500mAh dengan jangka hayat ketahanan sehingga 11 jam untuk pengunaan yang berterusan. Ia juga menyokong kes papan kekunci magnet dan stylus HUAWEI M-Pen Lite. Menariknya lagi, HUAWEI MediaPad M6 juga dibina dengan speaker empat terbaik daripada Harman Kardon – membolehkan ia memainkan bunyi sekeliling dengan empat saluran sekaligus memberikan pengguna pengalaman terbaik sama ada ketika menonton filem mahupun mendengar muzik.

Bagi yang berminat, HUAWEI MediaPad M6 dijual pada harga bermula RM1,899 & ketersediaan adalah bermula sekarang. Pembelian awal didatangkan dengan dengan hadiah percuma menarik bernilai RM568 – terdiri daripada kes M-Pen dan papan kekunci. So, jangan ketinggalan!

You might also like