
vivo X20 FIFA World Cup Russia 2018 Dilancarkan
FIFA World Cup 2018 yang akan tiba tidak lama lagi bakal berlangsung di Russia. Sesi undian pasukan negara juga telah diadakan pada minggu lepas. Malah, majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan, para media, tetamu, organisasi bisnes dan penaja.

vivo yang menjadi penaja rasmi bagi temasya berprestij ini dalam masa sama juga telah melancarkan peranti edisi istimewa vivo X20 FIFA World Cup 2018 Russia. Peranti ini tidak menerima naik taraf dari segi perkakasan dalaman tetapi hanya diubah dari segi luaran iaitu dengan cop edisi khas FIFA World Cup.
Pada bulan September yang lalu, vivo X20 telah diperkenalkan dengan ciri-ciri telefon pintar kelas pertengahan. Ia hadir dengan paparan skrin 6 inci Super AMOLED HD penuh+ dengan cip Snapdragon 660 Octa-core. Memori pula didatangkan bersama 4GB RAM dan 64GB ROM.

Bateri yang dimuatkan adalah sebesar 3,250mAh yang menyokong pengecasan pantas. Kamera utama pula padat dengan dwi lensa 24 Megapiksel F/1.8 (12MP+5MP) serta kamera depan 12 Megapiksel F/2.0. Kedua-dua kamera ini mampu mengambil gambar berkualiti tinggi 24 Megapiksel.
Setakat ini, pihak vivo Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh ia akan mula berada di pasaran tempatan.

