
Tawaran menarik oleh HMD Global untuk bulan Disember ini kepada anda semua. Bagi anda yang mencari telefon pintar kelas permulaan atau kelas pertengahan. HMD menyediakan peranti Nokia 3 dan Nokia 5 pada harga yang lebih rendah daripada biasa.

Sepanjang akhir tahun ini, harga untuk Nokia 3 telah diturunkan kepada RM499 (asal RM599) dan Nokia 5 kepada RM699 (asal RM799). Sebagai tambahan, pelanggan juga akan menerima hadiah aksesori telefon bernilai RM150 untuk Nokia 3 dan RM200 untuk Nokia 5.
Ini bermakna pelanggan juga boleh berjimat wang sehingga RM300 untuk sebuah peranti Nokia. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, promosi ini terhad untuk bulan ini sahaja.
Untuk mengetahui lokasi kedai yang mengambil bahagian, boleh layari Facebook Nokia Malaysia.
Reviu Eksklusif: Nokia 3 & Nokia 5 – Dengan Sentuhan Antaramuka Asal Android Nougat

