

Tamat sudah penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat tegar Nokia seluruh Malaysia. HMD Global, pemilik jenama ‘otai’ ini telah membawa masuk model Nokia 5 dan Nokia 3 ke pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat setia Nokia.
Baca juga: Rasmi!! Nokia Dilancarkan Di Malaysia – Nokia 6, 5, 3 Dan 3310 Terbaru

Lebih istimewa, Nokia yang sememangnya terkenal dengan peranti yang berkualiti dari segi pembuatan, bahan binaan dan juga ketahanan malah sehingga sekarang Nokia masih lagi mengekalkan ciri-ciri tersebut kepada semua peranti yang dikeluarkan. HMD komited untuk memanfaatkan warisan telefon Nokia supaya boleh dipercayai sekali gus menarik generasi baru peminat Nokia.
PERBEZAAN SPESIFIKASI
KOTAK PEMBUNGKUSAN

FIZIKAL
Kualiti Skrin
Walaupun menyokong saiz paparan skrin yang berbeza, kedua-duanya hadir dengan resolusi skrin yang sama iaitu 1280 x 720 piksel.
Namun begitu, jelas dapat dilihat bahawa kualiti paparan Nokia 3 adalah lebih baik berbanding Nokia 5 kerana ia kelihatan lebih terang dengan kejituan warna yang lebih menonjol ketika berada di bawah cahaya matahari.
Lensa Utama
Kedudukan lensa utama pada kedua-dua model ini juga kelihatan sama, cuma Nokia 5 telah dilengkapi dengan dual LED berbanding Nokia 3 yang hanya menyokong satu LED flash sahaja.
Selain itu, sensor penggambaran juga berbeza, Nokia 5 menawarkan penggambaran beresolusi 13 Megapiksel dan Nokia 3 pula hanya 8 Megapiksel. Malah permukaan lensanya juga sedikit timbul berbanding permukaan lensa yang rata pada Nokia 3.
Slot Kad
Slot kad pada kedua-dua model ini terletak di sisi kiri kerangka dan ianya boleh diakses dengan menggunakan pin yang tersedia sebagaimana peranti unibodi yang lain.
Apa yang menariknya, anda boleh menggunakan dua kad SIM serentak tanpa masalah kerana ianya telah diasingkan kepada dua slot berbeza untuk kad SIM dan microSD.
Butang Kawalan
Kedua-dua model ini menyokong dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan kerangkanya yang kelihatan agak ringkas. Kedua-duanya hanya dilengkapi oleh butang kuasa dan juga butang kawalan Volume sahaja.
Port Audio & USB
Bahagian atas kedua-dua model ini telah disediakan dengan port 3.5mm audio jack dan juga satu lubang mikrofon untuk Nokia 3.
Manakala bahagian bawahnya pula tersedia dengan port USB 2.0 untuk mengecas, satu lubang mikrofon serta dua buah speaker. Malah Nokia 3 juga hadir dengan jalur antena pada bahagian atas dan bawah telefon pintar.
KENAPA PERLU MEMILIKI SMARTPHONE INI?!
Android Nougat
Kedua-dua telefon pintar ini telah dioperasikan oleh Android terkini, Android 7.0 Nougat untuk Nokia 3 dan Nokia 5 pula adalah Android 7.1.1 Nougat.
Lebih istimewa, kedua-dua peranti ini menyokong paparan antaramuka asal Android sepertimana model OnePlus serta Pixel yang sangat mesra pengguna. Setakat yang kami gunakan, ia sangat lancar tanpa sebarang masalah lagging.
Rekaan Premium
Walaupun hadir dalam kelas pertengahan, Nokia 3 dan Nokia 5 telah menyokong rekaan unibodi yang kelihatan lebih premium.
Lebih istimewa, Nokia yang sememangnya terkenal dengan peranti yang berkualiti dari segi pembuatan, bahan binaan dan juga ketahanan turut mengekalkan ciri-ciri tersebut kepada Nokia 5.
Corning Gorilla Glass
Penggunaan skrin Corning Gorilla Glass untuk telefon pintar kelas pertengahan bukanlah sesuatu yang baru pada hari ini. Tetapi dengan adanya perlindungan ini, ia dapat mengurangkan masalah calar pada paparan skrin kedua-dua telefon pintar ini. Malah kehadiran paparan skrin melengkung 2.5D membuatkan Nokia 3 dan Nokia 5.
Teknologi NFC
Sesuatu yang istimewa pada kedua-dua peranti kelas pertengahan ini adalah hadir dengan sokongan NFC yang sebelum ini hanya tersedia pada telefon pintar high-end sahaja.
Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk memindahkan data dengan hanya menyentuh telefon pintar sahaja. Selain lebih mudah dan pantas, ianya juga lebih selamat.
Penggambaran Swafoto
Jika kebanyakan peranti kelas pertengahan hanya dibekalkan dengan kamera hadapan beresolusi 2 Megapiksel mahupun 5 Megapiksel, tetapi berlainan sekali dengan Nokia 3 dan Nokia 5 ini.
Penggambaran swafoto beresolusi 8 Megapiksel diserikan dengan pelbagai mod menarik di antaranya adalah HDR, auto fokus, LED flash, Piksel 1.12um, Aperture f/2.0 serta penggambaran 84 darjah sesuai untuk mereka yang ingin mengambil swafoto secara berkumpulan.
Pengimbas Cap Jari
Kelebihan yang dimiliki oleh Nokia 5 adalah sokongan fungsi pengimbas cap jari. Menariknya, walaupun berada dalam mod menunggu anda masih boleh mengaktifkan fungsi ini.
Peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa serta boleh diakses dalam pelbagai posisi kerana ianya menyokong 360 darjah.
HASIL GAMBAR
Indoor


Pemandangan


Swafoto


KOMEN…
Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar dengan harga berpatutan dan dioperasikan oleh Android Nougat, kedua-dua model terbaru daripada Nokia ini pastinya pilihan yang tepat! Walaupun hadir dalam kelas pertengahan, kedua-dua telefon pintar ini menampilkan rekaan premium dengan kerangka unibodi.

Jika inginkan skrin yang besar, Nokia 5 hadir dengan paparan skrin berukuran 5.2 inci, manakala Nokia 3 pula menampilkan skrin bersaiz 5.0 inci dengan resolusi sama (1280 x 720p), sesuai untuk mereka yang inginkan telefon pintar yang sesuai dipegang dengan sebelah tangan.

Dari segi pemproses pula, Nokia 5 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 430, Octa-core berkelajuan 1.3GHz yang masih mampu menjanjikan prestasi yang baik sekali. Bagi mereka yang inginkan fungsi multimedia pula, kedua-dua peranti ini menawarkan lensa penggambaran berbeza, di mana Nokia 5 menyokong kamera utama 13 Megapiksel serta 8 Megapiksel bagi Nokia 3.


