
LifeProof antara pengeluar sarung pelindung yang terbukti tahan lasak untuk telefon pintar. Bagi anda yang sudah berbelanja besar mendapatkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus serta tidak lama lagi iPhone X, satunya-satunya penyelamat daripada skrin retak ialah sarung peranti.
Jenama yang berasal dari California, AS ini menawarkan beberapa model sarung berkualiti ke pasaran Malaysia. Antaranya ialah NEXT, SLAM, dan FRE. Ketiga-tiga model ini dicipta khusus bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar atau ekstrem.
Jika saiznya yang tebal, ini tidak bermakna ia berat malah dengan teknologi baru, sarung pelindung LifeProof kini hadir dengan ketebalan yang nipis serta beratnya yang lebih ringan.



NEXT dimuatkan dengan enam lapisan getah untuk iPhone bertahan sekiranya terjatuh atau terhentak dari ketinggian 2 meter. Ia juga hadir dengan pelindung speaker yang mampu menghalang debu dan kotoran daripada memasuki ruang dalaman peranti.


SLAM pula direka dengan rekaan yang lebih ceria tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tahan lasak. Gelas polikarbonat yang digunakan pula dikemaskan dengan warna jernih untuk menyerlahkan lagi warna asal peranti.


Manakala, FRE membawakan reka bentuk tradisi LifeProof yang lengkap dengan perlindungan 360 darjah kalis air pada kedalaman 6.6 meter. Selain, skrin peranti lebih utuh dengan kehadiran dua keping cengkerang di depan dan di belakang sarung.
NEXT dan SLAM untuk telefon pintar Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh didapati di kedai-kedai yang mengambil bahagian bermula hari ini.

