Stor Rasmi Apple Menjual iPhone Refurbish

2

iPhone refurbish (bukan unit baru) menjadi pilihan pengguna yang ingin mendapatkan iPhone pada harga yang jauh lebih rendah dari unit baru yang dijual di stor jualan. iPhone refurbish ini mempunyai tarikannya tersendiri kerana mempunyai fizikal dan komponen yang sangat baik berbanding dari mendapatkan iPhone second hand dari orang persendirian kerana versi refurbished telah menjalani proses baik pulih dan verifikasi kualiti yang teliti.

Tetapi terdapat sedikit masalah untuk mendapatkan iPhone refurbish kerana ianya hanya dijual pihak ketiga. Pengguna perlu mencari dan membandingkan harga serta menyiasat kualiti unit yang dijual, dan sudah banyak kes penipuan yang dilaporkan membabitkan unit refurbish.

3
Selain iPhone, peranti refurbish yang lain turut boleh dibeli melalui laman rasmi Apple.

Stor jualan atas talian Apple di US mungkin telah menyelesaikan masalah ini kerana mereka telah mula menjual iPhone refurbish melalui laman web mereka. Pengguna di Amerika boleh mendapatkan iPhone 6S dan 6S Plus dengan potongan harga dari USD 80 sehinggalah USD 110. Setakat ini hanya stor jualan atas talian Apple di US sahaja yang menjalankan jualan unit refurbish. Kami akan maklumkan kepada anda jika konsep jualan tersebut dibawa masuk ke Malaysia.

You might also like