
Kini Anda Boleh Facebook Live Dengan Penuh Artistik
Aplikasi talaan imej terkenal, Prisma, kini menawarkan fungsi terbaru yang pastinya akan dihargai mereka yang gemar menyiarkan video langsung menerusi Facebook Live. Kemas kini terbaru aplikasi Prisma membolehkan anda menyiarkan video dengan pilihan 8 filter istimewa. Anda cuma perlu lancarkan aplikasi yang telah dikemas kini, dan cari butang Live Stream untuk mula melancarkan video anda melalui Facebook Live.
Namun tidak semua pengguna dapat menikmati fungsi ini, menurut Prisma oleh kerana fungsi ini menggunakan kuasa pemproses yang tinggi ia hanya dapat ditawarkan kepada peranti berkelas tinggi dan terbaru. Buat fasa pertama ia hanya ditawarkan bagi model iPhone 6S dan 7. Pemilik model smartphone lain perlu menunggu sedikit masa lagi sehingga Prisma dapat mengeluarkan kemas kini yang stabil kepada model dan sistem operasi anda.