
Flagship Terbaru OnePlus Dengan Pemproses Snapdragon 821?!
Sehari selepas mengumumkan bahawa pemproses Snapdragon 821 akan dilengkapkan ke dalam peranti terbaru mereka, OnePlus melepaskan satu teaser berkenaan peranti tersebut melalui akaun Twitter mereka.
Smartphone dengan kod nama T-7 itu bakal diumumkan pada 15 November nanti, menurut beberapa sumber lain pula, berkemungkinan besar model flagship tersebut akan dikenali dengan nama OnePlus 3T kerana ia masih mengekalkan estetik rekaan OnePlus 3 dengan tambah baik spesifikasi. Antara upgrade yang dimaksudkan adalah pada cip pemproses, sistem kamera dan juga sistem operasi yang akan menggunakan versi Android terbaru, Nougat.