
Seperti yang dilaporkan oleh kami, peranti terkini Xiaomi Mi Max 3 dan gelang tangan pintar Mi Band 3 telah rasmi dijual mulai hari ini, sempena pembukaan kedai Mi Store terbaru di Sunway Pyramid.

Mi Max 3 hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik seperti paparan skrin sebesar 6.9 inci, kapasiti bateri sebesar 5,500mAh, cip pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM serta 64GB ROM. Peranti yang dilengkapi dengan dwi kamera utama 12MP + 5MP bersama 8MP kamera hadapan ini dijual pada harga RM1,099.
Maklumat lanjut Xiaomi Mi Max 3, boleh baca di SINI.
Manakala gelang tangan pintar Mi Band 3 yang ditunggu lama juga mula dijual pada harga RM129. Model terbaru ini hadir dengan sokongan kalir air, skrin OLED yang kini sudah boleh membaca notifikasi dengan lebih mudah.
Maklumat lanjut Mi Band 3, boleh baca di SINI.


Peminat Xiaomi boleh mendapatkan semua produk kegemaran secara rasmi di kedai-kedai Mi Store yang berdekatan anda, serta melalui laman rasmi Xiaomi dan rakan kongsi e-dagang.