
Sempena pembukaan kedai Mi Store di Sunway Pyramid hari ini, pihak Xiaomi juga telah mengumumkan secara rasminya ketersediaan POCOPHONE F1 Kevlar Edition ke pasaran tempatan.
POCOPHONE F1 Kevlar Edition mempunyai spesifikasi yang sama seperti versi biasa, perbezaannya hanya pada rekaan kerangka pada panel belakang di mana ia lebih tahan lasak dan tahan panas.
Peranti bersama skrin 6.18 inci FHD+, cip pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM, 128GB ROM, dwi kamera utama 12MP + 5MP, kamera hadapan 20MP dan bateri 4,000mAh ini ditawarkan pada harga RM1,599 dengan kuantiti yang agak terhad.
Sekiranya anda berminat, dapatkan segera di kedai Mi Store sebelum habis stok.