Samsung Galaxy J2 (2018) Belum Dilancarkan Tapi…

Belum dilancarkan secara rasmi tapi Samsung Galaxy J2 (2018) sudah kelihatan di laman rasmi Samsung Rusia. Di dalam laman sesawang tersebut, aksesori peranti itu mula dijual malah rekaan telefon pintar itu sendiri juga dipaparkan bersama.

Khabarnya, Samsung Galaxy J2 akan didatangkan dengan spesifikasi permulaan seperti paparan 5-inci Super AMOLED (540 x 960p), pemproses Snapdragon 425, dan Android 7.1 Nougat. Perkakasan dalaman turut dimuatkan dengan kamera 8 Megapiksel di belakang dan 5 Megapiksel di depan.

Setakat ini, ia dimaklumkan akan dijual di Rusia pada harga sekitar RUB7,890 (RM555) dengan pilihan warna emas dan hitam. Manakala untuk pasaran global ia akan mula dipasarkan tidak lama lagi.

Sumber

You might also like