Microsoft Surface Book 2 Bakal Dijual Dengan Harga Bermula RM6,899 Sehingga RM14,199

Beberapa bulan selepas diumumkan, akhirnya pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkan Microsoft Surface Book 2 secara rasmi tidak lama lagi. Model yang dikeluarkan dengan spesifikasi yng tinggi ini juga dikatakan bakal menjadi pencabar utama Apple Macbook Pro.

Microsoft Surface Book 2 akan ditawarkan dengan harga bermula RM6,899 untuk model biasa. Manakala bagi model dengan spesifikasi tertinggi yang menyokong pemproses Intel Core i7-8650U, 16GB RAM, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB serta storan 1TB SSD pula akan dijual dengan harga RM14,199.

Adakah ianya berbaloi? Sekiranya anda penggemar produk rasmi Microsoft dan tidak kisah untuk berbelanja besar mendapatkan Surface Book 2, mungkin model ini antara yang boleh dipertimbangkan. Microsoft Surface Book 2 akan ditawarkan secara rasmi bermula 15 Mac 2018.

You might also like