Google Bakal Perluaskan Smart Reply Ke Aplikasi Pihak Ketiga

Smart Reply yang diperkenalkan oleh Google membolehkan pengguna membalas mesej dengan cara yang lebih cepat. Ciri ini akan mencadangkan pengguna teks mesej yang sesuai untuk dihantar kepada penghantar. Ciri pintar ini berfungsi berdasarkan pembelajaran mesin yang sebelum ini hanya boleh digunakan pada aplikasi Gmail dan Allo.

Kini, Google dikatakan bakal menawarkannya pada aplikasi permesejan pihak ketiga seperti WhatsApp, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya sekaligus, ia dapat memudahkan pengguna untuk membalas mesej. Contoh jika mesej yang diterima berbunyi seperti “Adakah anda terima?”, Reply akan mencadangkan teks ringkas misalnya “Maaf, saya tidak”, “Saya harus lihat ia dahulu”, atau “Saya akan hantar kepada awak”.

Bagaimanapun, untuk Reply cadangan ini tidak akan dipaparkan secara automatik seperti yang terdapat dalam aplikasi Gmail dan Google Allo sebaliknya, teks mesej ringkas akan muncul di ruangan notifikasi pada sistem Android.

Google difahamkan bakal memperkenalkan Reply kepada pengguna Android terlebih dahulu sebelum ke platfom yang lain. Masih belum boleh dipastikan bilakan pengenalan rasmi akan dibuat.

Sumber

You might also like