
vivo giat dalam memperkenalkan peranti baharu bukan sahaja di pasaran tempatan, bahkan negara luar seperti India turut sama. Peranti terkini yang dilancarkan di India adalah vivo V17, sebuah peranti yang mempunyai empat kamera di panel belakang.
Terkini, laman rasmi SIRIM telah muncul sebuah model dengan kod nama “vivo1919” yang boleh dikenalpasti adalah vivo V17. Ini bermakna peranti ini telah melepasi pengesahan SIRIM dan bakal dilancarkan di Malaysia.
[ BACA REVIU VIVO V17 PRO ]
Selain sokongan empat kamera di panel belakang dengan masing-masing terdiri daripada 48MP + 8MP Ultra wide-angle + 2MP Portrait + 2MP Macro, vivo V17 turut menempatkan 32MP kamera swafoto di takuk kecil pada paparan skrin penuh 6.44” Super AMOLED.
Spesifikasi lain termasuk cip pemproses Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB ROM, kapasiti bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, serta pengimbas cap jari dalam skrin.

