
Huawei Y9 (2018) Dilancarkan – Empat Kamera, Bateri 4,000mAh, Skrin 18:9
Huawei baru sahaja memperkenalkan sebuah telefon pintar terbaru. Ia dinamakan Huawei Y9 (2018), peranti berspesifikasi pertengahan yang menawarkan beberapa ciri-ciri yang menarik.

Peranti ini disertakan paparan IPS LCD bersaiz 5.93-inci dengan nisbah skrin 18:9 bersolusi HD penuh. Mengikut kertas teknikal, ia dijana cip pemproses Kirin 659 bersama memori 3GB dan storan 32GB yang boleh diperluas dengan kad microSD.
Pada jabatan kamera, ia hadir dengan sensor kamera 16 MP + 2MP untuk berswafoto, manakala kamera belakang menerima sensor 13 MP + 2MP. Ia menjadikan peranti ini didatangkan dengan empat kamera yang sebelum ini pernah ditampilkan pada Huawei Nova 2i.

Bagi memberikan kuasa sepanjang hari, sebuah bateri sebesar 4,000mAh turut dimuatkan. Sistem operasi lebih segar dengan Android 8.0 Oreo dan antaramuka EMUI 8.0.
Ketersedian Huawei Y9 (2018) masih belum diumumkan khususnya untuk pasaran Malaysia. Bagaimanapun, pada minggu ini Huawei Malaysia akan melancarkan sebuah telefon pintar terbaru iaitu Huawei Nova 2 Lite untuk pasaran tempatan.

