
HARGA:
RM1,299(Kemas kini: rm999)
Huawei telah melancarkan model terbarunya dari siri nova dengan kemunculan nova 2i untuk pasaran tempatan. Keunikan Huawei nova 2i adalah kehadiran empat buah kamera dengan sokongan lampu LED ambient pintar untuk membantu pengambilan gambar swafoto yang lebih sempurna.
Tidak cukup dengan itu, Huawei nova 2i juga turut menampilkan trend paparan skrin tanpa bezel yang dikenali sebagai Huawei FullView berukuran 5.93 inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel. Huawei Malaysia turut berkolaborasi dengan penyanyi dan pelakon Hannah Delisha sebagai duta Huawei nova. Ikuti reviu eksklusif dari eRing!
PERBEZAAN SPESIFIKASI
PAKEJ PEMBELIAN
REKA BENTUK
Skrin FullView Display
Huawei nova 2i direka khusus untuk keselesaan si pemakai apabila memegangnya. Menampilkan paparan FullView Display bersaiz 5.9 inci dengan menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 84%, ia menjanjikan pengalaman hiburan yang betul-betul mengasyikan.
Malah kerangka peranti ini juga dibina berasaskan logam yang ringan dengan ketebalan hanya 7.5mm sahaja bagi memastikan pengguna akan berasa puas ketika membaca, bermain atau menonton video.
Kamera Utama & Pengimbas Cap Jari
Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini kelihatan premium rekaannya kerana menempatkan dua lensa kamera utama beresolusi 16 MP + 2 MP ditambah dengan LED flash yang kelihatan timbul.
Di bawah lensa pula kelihatan pengimbas cap jari yang sangat responsif serta tulisan Huawei.
Port & Speaker
Seperti biasa, bahagian bawah kerangka nova 2i ini telah dioptimumkan ruangnya dengan penyediaan port 3.5mm audio jack, lubang mikrofon, port microUSB dan juga speaker.
Manakala bahagian atas kerangkanya pula kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana hanya dilengkapi dengan lubang mikrofon sahaja.
Sisi Kerangka
Sisi kanan seperti biasa telah menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang laras volume dan juga butang kuasa.
Manakala sisi kirinya pula tersedia dengan slot kad jenis hibrid yang mana pengguna perlu memilih sama ada ingin menggunakan dua kad SIM jenis nano ataupun satu kad SIM nano bersama kad microSD.
KEISTIMEWAAN LENSA DEPAN HUAWEI NOVA 2I
Sudah menjadi satu trend untuk pengeluar memperkenalkan smartphone yang dikhususkan untuk penggemar swafoto. Sungguhpun begitu, pendekatan yang diambil oleh setiap pengeluar dilihat sedikit berbeza seperti menampilkan sokongan lensa yang beresolusi tinggi, aperture yang besar, dilengkapi dengan lampu LED flash serta trend yang terbaru dilengkapi dengan dwi lensa depan.

Sepertimana nova 2 Plus, Huawei nampaknya telah mengambil langkah positif apabila memperkenalkan model nova 2i yang hadir dengan sokongan dwi lensa dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang mampu menarik perhatian pengguna…

#1. Lensa Swafoto Dwi Kamera
Penggambaran dwi kamera beresolusi 13 MP + 2 MP sememangnya mampu mengambil gambar swafoto yang menarik dan cantik. Malah kehadiran aperture f/2.0 pula berupaya mengambil gambar
#2. Mod Kamera Swafoto
Selain penyediaan lensa yang beresolusi tinggi bagi memastikan keupayaan swafoto yang terbaik, Huawei turut memperkenalkan mod kamera khas untuk swafoto iaitu Face Beauty, Portrait, Bokeh, Moving capture dan juga Panorama.
#3. Selfie Softlight
Dengan sokongan ciri Selfie Softlight pada nova 2i, ia dapat melaraskan cahaya secukupnya bagi menghasilkan gambar yang jelas dan terselah dan sekaligus dapat mengurangkan masalah over exposed.
HASIL GAMBAR





ZON UJIAN
UJIAN 1 : Paparan 18:9 vs Paparan 16:9





UJIAN 2 : BENCHMARK
UJIAN 3 : BATERI

KOMEN EDITOR
Huawei telah menambah sebuah lagi model untuk penggemar swafoto yang diberi nama nova 2i. Telefon pintar yang menampilkan paparan skrin hampir tiada bezel berukuran 5.9 inci, pastinya mampu menarik perhatian golongan wanita yang gemar berswafoto.
Menawarkan dwi kamera hadapan beresolusi 16 MP + 2 MP dengan Softlight bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang ketika anda mengambil swafoto di kawasan yang mempunyai cahaya terhad. Malah penyediaan pelbagai mod untuk anda cuba!
Lebih menarik, spesifikasi yang ditawarkan oleh peranti ini bukan hanya memfokuskan kepada swafoto semata-mata, tetapi di dalamnya menyediakan kapasiti ROM 64GB serta RAM 4GB.
Sentuhan kemasan logam pula memperlihatkan Huawei nova 2i kelihatan premium walaupun harganya berpatutan. Namun sedikit mengecewakan, kerana telefon pintar ini tidak menyokong pengecasan pantas serta masih menggunakan kabel USB microUSB 2.0 dan bukannya USB Type-C yang menjadi trend pada hari ini.









