HUAWEI Lancar Model nova 2i Dengan Harga Jualan RM1,299

HUAWEI hari ini telah melancarkan model terbarunya dari siri nova dengan kemunculan nova 2i untuk pasaran tempatan. Keunikan HUAWEI nova 2i adalah kehadiran empat buah kamera dengan sokongan lampu LED ambient pintar untuk membantu pengambilan gambar swafoto yang lebih sempurna.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI nova 2i juga turut menampilkan trend paparan skrin tanpa bezel yang dikenali sebagai HUAWEI FullView berukuran 5.93 inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel.

Penyanyi dan pelakon Hannah Delisha dilantik sebagai duta HUAWEI nova 2i

Di dalam majlis pelancaran HUAWEI nova 2i ini juga, HUAWEI Malaysia turut berkolaborasi dengan penyanyi dan pelakon Hannah Delisha sebagai duta HUAWEI nova. Malah beliau turut memperdengarkan lagu tema untuk siri nova buat pertama kali kepada umum.

HUAWEI nova 2i akan dijual pada harga RM1,299 bermula 13 Oktober 2017 nanti. Tiga warna boleh dipilih iaitu Graphite Black, Prestige Gold atau Aurora Blue.

Pada hari pertama jualan, pembeli akan turut menerima set hadiah percuma eksklusif bernilai RM499, yang mengandungi selfie stick, headphone dan juga ring holder dengan setiap pembelian HUAWEI nova 2i di HUAWEI Experience Store atau Display Zones (selagi stok masih ada).

SPESIFIKASI

  • Android 7.0 Nougat (EMUI 5.1)
  • HUAWEI Kirin 659
  • ROM 64GB/ RAM 4GB
  • 5.93 inci IPS LCD, 1080 x 2160 piksel (~407ppi)
  • Kamera Utama – 16MP + 2MP (1.75 mikron)
  • Kamera Depan – 13MP + 2MP (f/2.0)
  • Bateri 3,340mAh
You might also like