Rasmi! vivo V7+ Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,499

(Dari kiri) Mike Xu, CEO vivo Malaysia, bersama duta vivo V7+ Janna Nick

Beberapa hari sebelum ni kita telah mendengar serba sedikit tentang fungsi dan tarikan yang ada pada vivo V7+. Bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan vivo V7+ ke pasaran tempatan.

vivo V7+ yang sedia maklum memiliki beberapa ciri baharu kali ini menampilkan paparan FullView Display hampir penuh dengan nisbah 18:9 bersaiz 5.99 inci. Kerangka bodi peranti ini juga dibina berasaskan logam yang ringan dengan ketebalan hanya 7.7mm.

vivo juga buat pertama kalinya membawakan sensor sebesar 24 Megapiksel pada kamera depan. Gambar selfie kini dipertingkatkan dengan ciri Face Beauty 7.0 yang membolehkan anda merakam gambar wajah yang lebih sempurna serta lebih natural walaupun dalam persekitaran yang malap. Manakala, Potrait Mode pula akan mengaburkan latar belakang anda dengan kualiti lebih kurang sama seperti kamera DSLR.

Selain daripada kelebihan kamera depan, vivo V7+ juga dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm 450 Octa-core berkelajuan 1.8GHz. Ia juga dibantu dengan memori RAM 4GB dan keluasan storan sebanyak 64GB yang menyokong kad microSD. Bagi anda yang suka bermain permainan mudah alih, peranti ini akan memberikan kelancaran dengan menyediakan ciri Game Mode yang akan menyekat sebarang notifikasi atau panggilan.

Hasil gambar selfie eRing bersama Janna Nick

Menariknya, peranti ini diintegrasikan bersama ciri Face Access untuk sistem keselamatan yang berfungsi sebagai pengimbas wajah yang mudah diakses tanpa perlu menekan sebarang butang. Bagi melengkapkan spesifikasi vivo V7+, ia turut menerima kamera belakang 16 Megapiksel, cip audio berteknologi Hi-Fi AK4376A, sistem pengimbas cap jari di belakang, bateri berkapasiti 3,225mAh, radio FM, dan dikuasakan oleh Android 7.1 Nougat.

Hasil gambar groufie

vivo V7+ didatangkan dengan pilihan warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 yang akan mula dijual pada 29 September di kedai-kedai konsep vivo dan pengedar sah seluruh Malaysia. Pra-tempah di SINI.

Janna Nick, Duta Terbaru Untuk vivo V7/V7+

 

Baca juga:

 

You might also like